Polis dakwa lima individu beri keterangan palsu kematian Tangmo Nida

Seorang wanita memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tangmo Nida di lokasi kemalangan di di jeti Pibul 1 di Nonthaburi, Bangkok. - Agesni
Seorang wanita memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tangmo Nida di lokasi kemalangan di di jeti Pibul 1 di Nonthaburi, Bangkok. - Agesni
A
A
A

BANGKOK - Semua lima individu yang bersama pelakon televisyen, Nida Patcharaveerapong atau Tangmo Nida yang berada dalam bot laju akan didakwa kerana kecuaian dan memberikan maklumat palsu kepada polis, menurut sumber polis.

Bangkok Post melaporkan, lima individu tersebut termasuk pengurus Nida iaitu Idsarin Juthasuksawat, pemandu bot, Tanupat Lerttaweewit serta tiga rakan lain iaitu Nitas Kiratisoothisathorn, Phaiboon Trikanjananun dan Wisapat Manomairat.

Difahamkan, Tanupat dan Phaiboon telah didakwa kerana mengendalikan bot tanpa lesen dan kecuaian sehingga membawa maut.

Sumber di Polis Wilayah 1 berkata, bukti baharu muncul apabila Jabatan Pencegahan Jenayah Teknologi (TCSD) mengesan telefon milik Tanupat dan dia mengakui bahawa Phaiboon membawa bot laju ketika Nida terjatuh dalam Sungai Chao Phraya.

Disebabkan kurang berpengalaman mengendalikan bot, Phaiboon dilaporkan hilang kawalan terhadap botnya sehingga menyebabkan Nida berada di belakang gagal diselamatkan oleh Wisapat.

Sumber menambah, susulan bimbang Wisapat turut terjatuh ke dalam sungai, dia menggoncangkan kakinya dan menyebabkan Nida terlepas dalam sungai dan mengakibatkan paha kanan mangsa terkena bilah kipas bot laju.

Satu lagi sumber yang juga seorang rakan pasukan TCSD berkata, Nitas telah memberikan maklumat bercanggah mengenai cara bot dikendalikan pada malam kejadian.

Difahamkan untuk tujuan siasatan lanjut, semua telefon rakan Nida akan dihantar ke TCSD untuk mencari lebih banyak petunjuk mengenai kematian pelakon itu selain 12 saksi yang sudah disiasat. - Agensi

Artikel Berkaitan: