PN janji wujudkan lebih banyak peluang kerja

A
A
A

UZZAIR
UZZAIR

SEGAMAT - Kerajaan ketika di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berusaha mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara (MPN) ketika negara menghadapi keadaan ekonomi yang getir berikutan pandemik Covid-19.

Maka sebab itu kerajaan ketika itu menubuhkan Majlis Pekerjaan (Negara) yang dipengerusikan Muhyiddin sendiri, bertujuan untuk menentukan ekonomi negara dapat terus lebih tersusun dan cari jalan bantu rakyat, yang sebahagian besar hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.

Untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Perikatan Nasional (PN) akan berusaha meneruskan rancangan sama dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pembangunan masyarakat.

Inilah yang dijanjikan oleh calon PN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Pemanis, Uzzair Ismail sekiranya diberi mandat.

Uzzair berkata, perkara tersebut merupakan antara fokus utama dalam memastikan supaya masa depan masyarakat Johor terbela.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Muhyiddin, kita boleh mewujudkan peluang pekerjaan daripada pelbagai industri seperti pertanian, makanan dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Uzzair berkata, hala tuju golongan generasi muda Johor juga perlu diperkasa melalui pembangunan pendidikan ke arah vokasional.

Reaksi

AROFI
AROFI

"Saya melihat manifesto PN dapat menjamin masa depan anak Johor. Saya harap PN akan terus memperkenalkan pelbagai pakej bagi membantu rakyat seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan yang diumumkan Muhyiddin ketika beliau menjadi Perdana Menteri," Arofi Kafli, 35

MOHD KHAIROL
MOHD KHAIROL

"Bagi saya, janji ikrar yang dibuat PN mampu menjadi realiti sekiranya betul-betul dilaksanakan," Mohd Khairol Azfar Mansor, 34

MUHAMMAD AIMAN
MUHAMMAD AIMAN

"Ikrar PN ini bermanfaat kerana ia dapat membantu dalam memulihkan ekonomi pada masa akan datang. Program Geran Khas Prihatin (GKP) yang diumumkan Muhyiddin dulu bagi membantu usahawa PKS perlu dilaksanakan semula, " Muhammad Aiman Hafiz Jamil, 24