Ahmad Zahid beri gambaran kerjasama UMNO, Pas tidak dinilai semula

Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan calon BN N36 Sedili Muszaidi Makmor (kiri) dan calon BN N37 Johor Lama, Norliza Noh semasa mengadakan lawatan kerja ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kota Kecil Timur 004 pada Jumaat. - Foto Bernama
Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan calon BN N36 Sedili Muszaidi Makmor (kiri) dan calon BN N37 Johor Lama, Norliza Noh semasa mengadakan lawatan kerja ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kota Kecil Timur 004 pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa partinya tidak akan membuat penilaian terbaharu terhadap kerjasama dengan Pas menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya fikir apa sahaja penilaian atau ulang kaji yang akan digunakan biarlah ianya terletak di dalam suatu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.

“Bukan tidak mahu (MN), malah kita yang memulakan. Kalau hidung tak mancung, kenapa pipi mesti tersorong-sorong,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu program kempen bersama calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor di sini pada Jumaat.

Hadir dalam program tersebut ialah calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, Muszaidi Makmor dan Norliza Noh yang akan bertanding di DUN Johor Lama.

Ditanya mengenai kemungkinan pengakhiran kerjasama antara Pas dan UMNO, Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia untuk menilai senario tersebut jika Pas mengambil pendirian untuk menamatkan hubungan kedua-dua parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Jumaat menyatakan bahawa arah tuju MN yang membabitkan gagasan kerjasama penyatuan ummah antara parti itu dengan UMNO akan dinilai semula selepas selesai PRN Johor pada 12 Mac ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya MN yang dimeterai di antara dua parti itu pada September 2019, masih wujud kerana tiada mana-mana pemimpin sama ada dalam kedua-dua parti itu dilihat mengisytiharkan kerjasama itu sudah tamat.

Artikel Berkaitan: