Polis Kelantan tidak terima laporan jenayah di kawasan banjir

Muhamad Zaki
Muhamad Zaki
A
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan tidak menerima sebarang laporan kes kecurian dan jenayah lain di kawasan terlibat banjir.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya juga turut mengadakan rondaan bersama penduduk kampung bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut terjamin.

"Ia merupakan kesedaran masyarakat itu sendiri untuk menjaga kampung masing-masing sebaik mungkin," katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Beliau sebelum itu hadir solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir sekali gus menyampaikan bantuan kurniaan daripada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson kepada 100 penduduk kampung di kawasan berkenaan.

Mengenai banjir, Muhammad Zaki berkata, bagaimanapun pihaknya menerima laporan mengenai kes kerosakan kediaman dan sebagainya.

"Laporan berkenaan sangat penting untuk direkodkan bagi memudahkan urusan melibatkan bantuan bencana dan sebagainya," katanya lagi.

Dalam pada itu Muhammad Zaki berkata, kadar jenayah di kawasan tidak terlibat banjir juga berkurangan dan harap situasi berkenaan dapat dikekalkan.

Artikel Berkaitan: