NGO kecewa cara MB tangani krisis adat, pentadbiran Negeri Sembilan

Omar (kanan) pada sidang media di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar.
Omar (kanan) pada sidang media di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar.
A
A
A

SEREMBAN - Sekretariat Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Sembilan meluahkan kekecewaan terhadap cara Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menangani krisis adat dan pentadbiran yang sedang berlaku ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menghormati Ismail sebagai Menteri Besar yang telah diberikan mandat untuk menerajui kerajaan negeri, namun mengharapkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu lebih bersikap tegas.

Ini kerana katanya, kemelut yang berlaku telah menimbulkan pelbagai persoalan di media sosial.

"Kita sebagai NGO menghormati Datuk Ismail yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan, tetapi sedikit kecewa dengan cara beliau menyelesaikan isu-isu yang timbul hari ini.

"Itu sebabnya kita nak tahu apa sebenarnya berlaku dan sebagai NGO, kita nak dengar sendiri penjelasan daripada beliau kerana di media sosial macam-macam yang dilontarkan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya," katanya pada sidang media di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di sini pada Khamis.

Omar (tiga dari kiri) bersama Sekreteriat Gabungan NGO Negeri Sembilan meluahkan kekecewaan terhadap Menteri Besar.
Omar (tiga dari kiri) bersama Sekreteriat Gabungan NGO Negeri Sembilan meluahkan kekecewaan terhadap Menteri Besar.

Omar berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian berdasarkan pelbagai dakwaan yang tersebar di media sosial, justeru penjelasan daripada Menteri Besar sendiri adalah penting.

Tambahnya, pihaknya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut terbabit, sebaliknya mahu memastikan kepentingan rakyat negeri terus terpelihara.

"Sebagai NGO, kita tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Kita sayangkan negeri ini.

"Sebab itu kita berharap dapat adakan perjumpaan dengan Menteri Besar untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung apa yang sedang berlaku, sebaik-baiknya sebelum pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!