Banjir gelombang kelima Terengganu bertambah baik

Banjir gelombang kelima di Terengganu bertambah baik dengan jumlah mangsa yang terjejas berkurangan kepada 15,970 orang pada jam 4 petang.
Banjir gelombang kelima di Terengganu bertambah baik dengan jumlah mangsa yang terjejas berkurangan kepada 15,970 orang pada jam 4 petang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang kelima di Terengganu bertambah baik dengan jumlah mangsa yang terjejas berkurangan kepada 15,970 orang berbanding 17,384 orang pada jam 8 pagi.

Sehingga jam 4 petang Rabu, sebanyak 68 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu bagi menempatkan 4,188 keluarga yang terjejas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, empat PPS yang diaktifkan di Besut ditutup sepenuhnya pada tengah hari Rabu selepas 355 penduduk yang berada di sana pulang ke rumah masing-masing susulan cuaca baik.

"Setakat ini, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Kemaman iaitu seramai 7,924 orang dari 2,045 dan semua mereka ditempatkan di 19 PPS yang dibuka di sana," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, seramai 4,560 penduduk dari 1,142 keluarga pula ditempatkan di 19 PPS Hulu Terengganu diikuti Dungun (2,643) manakala Kuala Terengganu dan Kuala Nerus masing-masing berjumlah 418 orang.

"Di Setiu, hanya sebuah PPS masih dibuka bagi menempatkan sebuah keluarga melibatkan tujuh mangsa yang terjejas banjir.

"Setakat ini semua daerah tidak merekodkan hujan dan kita jangka keadaan banjir akan bertambah baik sekiranya cuaca cerah ini berpanjangan," katanya.

Artikel Berkaitan: