Covid-19: Kes baharu di Sarawak kembali cecah empat digit

Sarawak merekodkan 1,248 kes baharu pada Selasa berbanding 442 semalam. (Gambar hiasan)
Sarawak merekodkan 1,248 kes baharu pada Selasa berbanding 442 semalam. (Gambar hiasan)
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak meningkat mendadak kepada empat digit apabila 1,248 kes dilaporkan pada Selasa berbanding 442 semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan tiga daerah mencatat jumlah kes tiga angka iaitu Kuching dengan 430 diikuti Miri (238) dan Sibu (180).

Menurut kenyataan itu, 11 daerah mencatat antara 10 hingga 82 kes baharu manakala 21 daerah lagi merekodkan antara satu hingga sembilan kes.

Kenyataan itu menyebut angka kes baharu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak sebanyak 261,060.

Daripada jumlah kes baharu itu, 18 dikategorikan di bawah jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan bantuan pernafasan atau ventilator. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: