Semak kesihatan gusi secara online

DR NORLIZA (enam dari kiri) bersama para tetamu lain yang hadir memeriahkan Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi Satu Juta Gumbatte 2019 di Petaling Jaya baru-baru ini.
A
A

Berdasarkan fakta, 94 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi!

TAKUT, malu dan sering memberikan alasan enggan berjumpa doktor antara sebab timbulnya masalah berkaitan gigi dan gusi.

Namun, tahukah anda, 94 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi! Mana tahu anda salah seorang tergolong dalam peratusan ini!

Jika anda sendiri tidak pasti gusi anda bermasalah, apa kata layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat.

Laman web pemeriksaan kesihatan gusi itu boleh diakses secara percuma.

Ia adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema 2019 dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Kempen ini juga antara lain bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik.

Selain itu, ia mahu memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas.

Rawatan awal Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Gumbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’.

Ia menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. Mengulas hal ini dengan lebih lanjut,

Pemangku Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Norliza Mohamed berkata, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain.

"Sikap ini perlu diubah. Kajian menunjukkan korelasi antara penyakit gusi ialah dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer.

"Ini penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal, penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya,” katanya ketika berucap sebelum melancarkan kempen tersebut di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Sementara itu, Pengurus Besar Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo pula berkata, usaha meningkatkan kesedaran kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat.

Berus dan ubat gigi Systema Antiplaque System.
Berus dan ubat gigi Systema Antiplaque System.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia