Nestlé anjur Peraduan Gaji Seumur Hidup

JUAN Aranols (tengah) ketika melancarkan Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup di Petaling Jaya, baru-baru ini.
JUAN Aranols (tengah) ketika melancarkan Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup di Petaling Jaya, baru-baru ini.
A
A
A

NESTLÉ Malaysia melancarkan peraduan terbesar setakat ini bagi menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada jenama-jenamanya selama lebih 100 tahun itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, dengan pembelian produk Nestlé serendah RM15 dalam satu resit selain mengikut syarat berkaitan, pelanggan boleh menyertai peraduan itu. “Pelanggan Nestlé berpeluang menang hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka,” jelas Juan pada majlis pelancaran peraduan tersebut di Petaling Jaya baru-baru ini.

Nestlé menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah memenangi hadiah utama berupa 'gaji' untuk seumur hidup sebanyak RM3,000 setiap bulan selama maksimum 35 tahun. Turut ditawarkan ialah hadiah kepada 10 pemenang hadiah sagu hati sebanyak RM3,000 setiap bulan selama satu tahun.

Dalam pada itu, hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. “Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk peraduan berkenaan melebihi RM4 juta. Ia akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia.