HABIB Challenge 2019 pupuk semangat kerja

Meet Habib bersama atlet Paralimpik pingat emas dan Fahrin.
Meet Habib bersama atlet Paralimpik pingat emas dan Fahrin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bertemakan ' HABIB Challenge 2019 ' lebih 1,000 kakitangan Kumpulan HABIB menyertai Hari Sukan ke-2 berlangsung di Kompleks Sukan Negara Setiawangsa, Wangsa Maju, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, berkata, acara yang dianjurkan itu menjadi platform kepada seluruh kakitangan untuk meningkatkan semangat berpasukan di samping sebagai aktiviti sihat.

Menurutnya, penyertaan para kakitangan dalam acara berkenaan juga mampu menanamkan semangat kerja yang berdaya saing.

"HABIB Challenge 2019 juga memperingatkan pekerja untuk terus mencabar diri mereka dan menyerlahkan kebolehan terbaik mereka sambil mencipta keseimbangan gaya hidup yang aktif, sihat dan seimbang.

Kemenangan untuk Pasukan Topaz Circuit 3.
Kemenangan untuk Pasukan Topaz Circuit 3.

"Hari sukan kami dekat dengan hati saya kerana ia membawa saya kembali ke hari persekolahan saya di mana semua orang akan bersama-sama menyertai acara yang mencipta kenangan indah seterusnya tidak akan dilupakan," katanya.

Tambah beliau, menerusi penganjuran acara itu, setiap orang akan bersaing sambil meningkatkan kecergasan fizikal dalam masa sama mengeratkan perhubungan sesama mereka meskipun dari bahagian yang berlainan.

"Saya percaya bahawa ‘Healthy employees makes a healthy employee’. Pada acara sama, HABIB turut menjemput atlet Paralimpik Malaysia untuk memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada para pekerja.

Artikel Berkaitan:

"Ia bagi mengingatkan pekerja bahawa tidak ada yang menghalang seseorang untuk mencapai impian seseorang. Dengan tekad, keghairahan dan kerja keras, impian seseorang dapat dicapai,"katanya.

Acara berkenaan dihoskan oleh selebriti tanah air, Fahrin Ahmad, merangkap pengulas sukan bagi beberapa acara sukan yang dipertandingkan antaranya lompat jauh, tug of war, lari dalam guni dan pelbagai lagi.

Fahrin bersama warga kerja Habib.
Fahrin bersama warga kerja Habib.