Banjir Kelantan: Jumlah mangsa ke PPS meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan dilapor meningkat dengan pembukaan 21 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding enam PPS pada Jumaat. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di Kelantan dilapor meningkat dengan pembukaan 21 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding enam PPS pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan dilapor meningkat dengan pembukaan 21 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding enam PPS pada Jumaat.

Menurut portal InfoBencanaJKM, seramai 881 mangsa melibatkan 242 keluarga dipindahkan ke PPS yang dibuka di Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas sehingga jam 8 pagi Sabtu, .

Sementara itu, menerusi maklumat di Mypublic.Infobanjir, lima sungai utama di negeri ini menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya sehingga jam 8 pagi Sabtu.

Ia termasuk Sungai Lanas di Jeli 28.75 meter; Kampung Temangan (21.7 meter); Rantau Panjang (10.36 meter); Sungai Lebir, Kampung Tualang (42.51 meter) dan Sungai Golok di Kampung Jenob (26.77 meter).

Catatan bacaan air di beberapa lokasi menunjukkan trend meningkat berikutan hujan berterusan dan dalam kuantiti yang banyak.

Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir diminta sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan perpindahan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: