57 kematian, 30,644 kes baharu Covid-19

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 32,591 orang. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 32,591 orang. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 30,644 kes baharu dengan 57 lagi kematian akibat Covid-19 pada Jumaat.

Menerusi data KKM di portal CovidNow, 30,387 kes adalah penularan tempatan dengan 257 kes import.

KKM juga memaklumkan daripada 57 kematian itu, 14 diklasifikasikan sebagai kes kematian di luar hospital (BID) dan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 32,591 orang.

Johor melaporkan 14 kematian, diikuti Sabah (8), Perak (6), Kedah (5), Melaka (5), Selangor (5), Pahang (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), Perlis ( 2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (1) dan Sarawak (1).