Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: Dua kluster institusi pendidikan dikesan di Labuan

Dua kluster dan 61 kes Covid-19 melibatkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Wilayah Persekutuan ini. - Gambar hiasan
Dua kluster dan 61 kes Covid-19 melibatkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Wilayah Persekutuan ini. - Gambar hiasan
A
A
A

LABUAN - Dua kluster dan 61 kes Covid-19 melibatkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Wilayah Persekutuan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, kluster tersebut dikesan semalam (18 Februari) di Kampung Merinding (Kluster Merinding 3) membabitkan 21 kes dan di Jalan Sungai Pagar (Kluster Sungai Pagar) yang merekodkan 40 kes.

"Kluster di Merinding dicetuskan oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Sabah beberapa hari lepas.

"Kami menjalankan saringan ke atas 125 pelajar dan 21 orang daripada mereka telah didapati positif. Kesemua mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

"Tidak semua pelajar di institusi terlibat iaitu lebih 2,000 orang pelajar menjalani kuarantin, hanya mereka yang dikesan positif... pelajar lain sedang meneruskan pengajian mereka seperti biasa,” katanya kepada Bernama pada Sabtu

Dr Ismuni berkata, Kluster Sungai Pagar dicetuskan oleh guru dan pelajar serta satu siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada jangkitan itu berpunca dari Sabah atau komuniti setempat.

"Kesemua pelajar dan guru di sekolah terbabit telah menjalani saringan dan 40 orang didapati positif setakat hari ini,” katanya.

Sementara itu, Kluster Lusu Patau-Patau yang dikesan dua minggu lepas dengan 19 kes, masih terkawal dan tiada kes baharu direkodkan.

Artikel Berkaitan:

Labuan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 dua minggu kebelakangan ini, berbanding bilangan kes satu digit sebelum ini, dengan kes aktif berjumlah 2137 setakat Jumaat. - Bernama