Amaran ribut petir di 11 negeri, Wilayah Persekutuan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga jam 5 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 1.35 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah meliputi Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Pinang; Perak meliputi Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Setiu dan Hulu Terengganu).

Turut terlibat ialah Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin; Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). - Bernama