Polis gempur 22 pusat judi sekitar Cheras

Petugas TNB menjalankan kerja-kerja pemotongan elektrik di salah sebuah premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian.
Petugas TNB menjalankan kerja-kerja pemotongan elektrik di salah sebuah premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 buah premis perjudian digempur dalam Op Dadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini sejak 1 Januari hingga Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihak polis turut menahan seramai 25 suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

"Siasatan mendapati kesemua premis menjalankan kegiatan perjudian secara haram dan sebanyak 21 premis akan diambil tindakan pemotongan eletrik di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) kita menanggalkan meter dan fius setiap premis yang diambil tindakan.

Muhammad Idzam
Muhammad Idzam

"Sebelum ini kita cabut fius sahaja, jadi selepas ini jika ada penyewa baharu, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu," katanya kepada ketika ditemui di lokasi operasi di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya merampas sebanyak empat buah tablet, telefon bimbit (12), komputer (100) dan wang tunai berjumlah RM1,626 sepanjang tempoh tersebut.

"Kesemua kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a), (4)(1)(c) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Muhammad Idzam berkata, walaupun dengan penguatkuasaan berterusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kerjasama dan bantuan daripada masyarakat dalam usaha membanteras aktiviti perjudian haram berkenaan.