Padah pamer anak beruang madu untuk tarikan awam

Tindakan mempamerkan seekor beruang madu untuk tarikan awam membawa padah apabila haiwan tersebut dirampas dan pemilik premis ditahan dalam satu serbuan di Kota Marudu pada Khamis.
Tindakan mempamerkan seekor beruang madu untuk tarikan awam membawa padah apabila haiwan tersebut dirampas dan pemilik premis ditahan dalam satu serbuan di Kota Marudu pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan mempamerkan seekor beruang madu untuk tarikan awam membawa padah apabila haiwan tersebut dirampas dan pemilik premis ditahan dalam satu serbuan di Kota Marudu pada Khamis.

Pengarah Hidupan Liar, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, tindakan itu diambil susulan aduan awam berkaitan satu video di Facebook yang memaparkan haiwan tersebut di sebuah lokasi tarikan awam.

"Susulan aduan tersebut, Jabatan Hidupan Liar (JHL) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (EPHL 1997). 

"Hasil serbuan mendapati seekor anak beruang madu disimpan di dalam premis untuk tujuan tontonan awam dan seorang lelaki yang disyaki pemilik atau pengurus premis telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, satu tangkapan turut dilakukan di sebuah premis kedai makan di Lahad Datu kerana disyaki memiliki tiga taring beruang madu yang dijadikan perhiasan. 

"Seorang lelaki telah ditahan bagi tujuan siasatan lanjut dan barang kes telah dirampas," katanya.

Hasil serbuan mendapati seekor anak beruang madu disimpan di dalam premis untuk tujuan tontonan awam.
Hasil serbuan mendapati seekor anak beruang madu disimpan di dalam premis untuk tujuan tontonan awam.

Mohd Soffian dalam pada itu memaklumkan bahawa beruang madu merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1 EPHL 1997. 

Artikel Berkaitan:

"Tiada lesen atau permit dikeluarkan kepada orang awam untuk memburu, memiliki, menyimpan atau mempamerkan spesies ini.

"Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa JHL Sabah tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan hidupan liar. 

"Orang awam yang berhadapan dengan situasi melibatkan spesies Jadual 1 seperti beruang madu dinasihatkan agar segera melaporkan kepada JHL atau menyerahkan haiwan tersebut dengan segera bagi tujuan penyelamatan serta pengurusan selanjutnya," katanya.

Ringkasan AI

  • Beruang madu dipamerkan untuk tarikan awam di Kota Marudu dirampas, pemilik premis ditahan
  • Pengaduan awam tentang video di Facebook bawa kepada serbuan oleh Jabatan Hidupan Liar
  • Operasi penguatkuasaan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dilaksanakan
  • Beruang madu adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya, tidak dibenarkan untuk dipamer atau dimiliki tanpa kebenaran
  • Pelanggar boleh dikenakan denda hingga RM250,000 dan penjara sehingga lima tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!