Covid-19: 24 lagi kematian baharu, 11 BID

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 kini sebanyak 32,149 orang daripada lebih 3 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.
Jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 kini sebanyak 32,149 orang daripada lebih 3 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 24 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Isnin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,149 orang daripada lebih 3 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 11 daripada 24 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian yang dilaporkan turut melibatkan sejumlah kes tertunggak berikutan proses pengesahan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 168,447 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 155,866 individu atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,963 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 6,419 kes dirawat di hospital dan 199 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 84 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 115 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!