11 kematian baharu Covid-19 direkod, 5 BID

KKM melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad. Foto hiasan
KKM melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,125 orang daripada 3.01 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lima daripada 11 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian yang dilaporkan turut melibatkan sejumlah kes tertunggak berikutan proses pengesahan pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa.

Sementara itu turut dilaporkan terdapat 155,673 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 143,076 individu atau 91.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,118 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 6,292 kes dirawat di hospital dan 187 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 109 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: