Warga emas ditemui meninggal dunia di rumah terbiar

229407
229407
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa dalam sebuah rumah di Jalan Md Taib, Jelutong di sini.

Mayat Pakir Mohd Shaik Abdul Kader, 71 ditemui pada jam 9.24 pagi tadi dalam keadaan terbaring di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima panggilan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) mengenai penemuan seorang lelaki yang didapati tidak sedarkan diri di rumah dua tingkat tersebut.

Menurutnya, susulan daripada itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa yang berasal dari Jalan Kota Giam, Jelutong itu sudah tidak bernyawa.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada kesan pergelutan dalam rumah dan kawasan berdekatan mayat ditemui. Selain itu, tiada kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa dan tiada senjata ditemui di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati, rumah tersebut adalah rumah terbiar dan kosong. Ia hanya dipenuhi sampah sarap dan keadaan rumah tidak terurus," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke HPP untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: