Maszlee bakal jadi calon PRN Johor

Anwar dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya pada Jumaat.
Anwar dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan terdapat kemungkinan besar untuk memberi laluan kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Anwar yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata, persoalan mengenai kemungkinan mencalonkan Maszlee sebagai Menteri Besar masih belum dibincangkan oleh gabungan tersebut.

“Walaupun ada cadangan untuk saudara Maszlee bertanding, tapi kita belum bincang di tahap PH. Belum muktamad (calon Menteri Besar).

“Tapi kemungkinan besar kita benarkan atau beri laluan kepada Maszlee bertanding di Dewan Undangan Negeri (Johor),” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di sini pada Jumaat.

Media pada 26 Januari lepas melaporkan terdapat sumber mendedahkan bahawa Maszlee, yang juga bekas Menteri Pendidikan akan bertanding di kerusi DUN Layang-layang.

Menurut sumber itu, pertimbangan meletak Maszlee di kerusi itu adalah sebagai langkah persiapan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar jika PH berjaya mendapat majoriti daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan: