Jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 19,090 kes

Sebanyak 19,090 lagi kes baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.
Sebanyak 19,090 lagi kes baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 19,090 lagi kes baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.

Angka tersebut merupakan hari kedua berturut-turut melepasi jangkaan KKM melebihi 15,000 kes harian ketika negara telah memasuki gelombang Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 18,977 kes atau 99.41 peratus merupakan kategori satu dan dua.

"Selebihnya adalah kategori tiga hingga lima iaitu 113 kes ataupun 0.59 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan perincian kategori, beliau berkata, sebanyak 4,898 kes berada pada kategori satu dan 14,079 kes pula kategori dua.

"Bagi kategori tiga, KKM mencatatkan 79 kes, kategori empat (28) dan kategori lima (enam), katanya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,975,422 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 158 kes, manakala 78 kes lagi memerlukan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 134 kes import membabitkan 87 rakyat tempatan, manakala 47 lagi adalah warga asing.

"Penularan dalam negara adalah 18,956 yang terdiri daripada 18,446 pesakit tempatan dan 510 warga asing," katanya.

Tambah beliau, KKM turut merekodkan 5,712 kes sembuh sekaligus jumlah kumulatif, 2,835,464 kes.

"Bagaimanapun, terdapat 14 kluster baharu Covid-19 dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 6,555 kluster. Daripada jumlah ini juga, 6,160 kluster kluster telah tamat dan 395 kluster lagi masih aktif,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Labuan merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) tertinggi iaitu 1.94 melebihi Rt negara, 1.47.

Katanya, beberapa negeri lain yang turut mencatatkan nilai Rt tinggi ialah Sarawak (1.84), diikuti Sabah (1.73), Perlis (1.67), Putrajaya (1.46) dan Terengganu (1.42).

“Selain itu, Pulau Pinang 1.38, Kedah (1.37), Johor dan Kelantan masing-masing (1.31), Pahang (1.30), Selangor (1.27), Perak (1.25), Kuala Lumpur (1.22), Melaka (1.19) serta Negeri Sembilan (1.17),” katanya.