Rumah mampu milik: BNM diminta sedia sistem pinjaman berbeza

Rodziah (kiri) ketika semasa Mesyuarat Perumahan Mampu Milik (MPMM) Bilangan 1 Tahun 2022 oleh KPKT secara maya pada Khamis.
Rodziah (kiri) ketika semasa Mesyuarat Perumahan Mampu Milik (MPMM) Bilangan 1 Tahun 2022 oleh KPKT secara maya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak berkaitan untuk menyediakan sistem pinjaman rumah mampu milik berbeza dengan rumah mewah atau bebas.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat semasa Mesyuarat Perumahan Mampu Milik (MPMM) Bilangan 1 Tahun 2022 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) secara maya pada Khamis.

Menurutnya, mesyuarat turut memutuskan BNM tidak boleh membenarkan pihak bank membuat keputusan bagi menentukan kelayakan pinjaman bank dan tahap boleh bayar balik pinjaman kepada peminjam.

“Mesyuarat bersetuju BNM tidak boleh menyerahkan kepada pihak bank semata-mata dalam penentuan kelayakan pinjaman bank dan tahap boleh bayar balik pinjaman.

“Perdana Menteri mohon BNM dan semua pihak bekerjasama agar rumah mampu milik dapat dimiliki dengan sistem pinjaman bank yang berbeza dengan sistem pinjaman perumahan untuk rumah mewah atau bebas, katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, Rodziah ketika mesyuarat tersebut turut membangkitkan isu lain seperti tanggungjawab penyelenggaraan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina di atas tanah negeri.

Selain itu, beliau turut mengutarakan isu tempoh bayaran balik pinjaman perumahan yang panjang berbanding pinjaman kenderaan walaupun nilai pinjamannya sama.

Artikel Berkaitan: