UMP kekal pencapaian lima bintang

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengekalkan pencapaian lima bintang bagi penilaian QS Stars University Ratings 2022.
Pencapaian yang dinilai Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating itu memperlihatkan pencapaian UMP secara menyeluruh.
UMP berjaya memperoleh lima bintang bagi lapan kategori iaitu pengajaran, kebolehpasaran pekerjaan, pengantarabangsaan, penyelidikan, kemudahan, kekuatan program akademik (Kejuruteraan Mekanikal), inovasi dan inklusif (keterangkuman).
Profesor Ts Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkata, UMP akan terus memperkukuhkan usaha dalam memajukan dan mengembangkan pendidikan tinggi dengan memberi tumpuan terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi.