Rayan berjaya ditemui

Penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan Rayan yang terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter sejak Selasa lalu. - Foto AFP
Penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan Rayan yang terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter sejak Selasa lalu. - Foto AFP
A
A
A

BER BERRED - [DIKEMASKINI] Pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki yang terperangkap dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter (m).

Ia sekali gus mengakhiri operasi menyelamat getir selama lima hari.

Bagaimanapun, tiada maklumat terkini mengenai keadaan Rayan tetapi pegawai di lokasi kejadian mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu masih hidup.

Pasukan paramedik dilihat berada di lokasi kejadian manakala sebuah helikopter bersiap sedia untuk menerima arahan bagi menerbangkan Rayan ke hospital.

Sementara itu, menurut laporan AFP, penyelamat sedang memasuki terowong bagi membawa keluar kanak-kanak terbabit.

Namun, masih belum jelas masa yang diperlukan untuk melengkapkan operasi tersebut.

Laporan Sinar Harian mengenai misi menyelamat budak lelaki yang jatuh dan terperangkap di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter di Maghribi.
Laporan Sinar Harian mengenai misi menyelamat budak lelaki yang jatuh dan terperangkap di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter di Maghribi.

"Kamera telah dimasukkan ke dalam perigi tersebut dan menunjukkan Rayan dalam posisi mengiring.

Artikel Berkaitan:

"Mustahil untuk mengatakan dia benar-benar masih hidup," kata pegawai, Abdelhadi Tamrani.

Rayan terperangkap selepas terjatuh ke dalam lubang perigi berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu.

Insiden itu mencetuskan operasi besar-besaran namun dibuat secara berhati-hati susulan risiko runtuhan dalam lubang berkenaan. - Agensi