Kurang sejam lagi Rayan dapat dikeluarkan

Pasukan penyelamat kesuntukan masa untuk mengeluarkan Rayan dalam lubang sedalam 32 meter. - Agensi
Pasukan penyelamat kesuntukan masa untuk mengeluarkan Rayan dalam lubang sedalam 32 meter. - Agensi
A
A
A

BER BERRED - Misi menyelamat budak lelaki yang jatuh dan terperangkap di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter di Maghribi akan disempurnakan dalam tempoh kurang sejam lagi.

Laporan terkini di lokasi kejadian menyatakan pasukan penyelamat sedang melakukan penggalian berhati-hati bagi membawa keluar kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Pasukan penyelamat sebelum ini menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tingal 180 sentimeter (sm) sahaja lagi untuk mencapai Rayan.

Operasi menyelamat Rayan dilancarkan sejak Selasa lalu namun terpaksa dilakukan secara berhati-hati susulan kebimbangan risiko runtuhan dalam lubang.

Difahamkan, helikopter sudah berada di lokasi kejadian di perkampungan Ighrane untuk membawa Rayan ke hospital. - Agensi

Artikel Berkaitan: