Budak maut terperangkap dalam tiang jambatan

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada Khamis. - Foto Agensi
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

PATNA - Pasukan penyelamat India di negeri Bihar gagal menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap dalam tiang jambatan berongga.

Pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 25 jam untuk mengeluarkan mangsa.

Insiden malang itu berlaku di sebuah jambatan yang menghubungkan kampung Altimiganj dan Jamalpur berhampiran sungai Sone pada lewat petang Rabu.

Beberapa penduduk yang menggunakan jambatan tersebut terdengar jeritan mangsa sebelum memaklumkan pihak berkuasa tentang kejadian itu.

"Mangsa masih hidup pada jam pertama dan kedua operasi menyelamat. Dia diberikan makanan dan bantuan oksigen.

"Pasukan penyelamat berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa kerana ruang dalam tiang konkrit itu terlalu sempit," kata pegawai penyelamat.

Sementara itu, pegawai perubatan di Hospital Sadar, Dr Brajesh Kumar mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ketika di bawa ke unit kecemasan. - Agensi