Kesihatan Rayan merosot, bergantung bekalan oksigen

Penduduk kampung mengikuti rapat operasi menyelamat Rayan. - AFP, dalam bulatan: keadaan Rayan yang terjatuh dalam perigi.
Penduduk kampung mengikuti rapat operasi menyelamat Rayan. - AFP, dalam bulatan: keadaan Rayan yang terjatuh dalam perigi.
A
A
A

BAR BERRED - Keadaan budak lelaki yang jatuh dan terperangkap dalam lubang perigi sempit di Maghribi dilaporkan semakin lemah.

Laporan terbaharu di lokasi kejadian menyatakan kesihatan Rayan yang berusia lima tahun semakin merosot dan bergantung kepada bekalan oksigen yang dipam ke dalam lubang tersebut.

Rayan terperangkap dalam lubang sedalam 32 meter (m) sejak Selasa lalu berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen.

Ketika ini pasukan penyelamat bertungkus-lumus untuk membawa keluar mangsa, namun penggalian semakin rumit susulan risiko berlaku runtuhan dalam lubang berkenaan.

Sejak Selasa lalu, jentera berat termasuk jentolak digunakan bagi membantu kerja-kerja penggalian tetapi jarak dua meter terakhir dari kedudukan mangsa adalah paling kritikal.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas sebelum ini memberi jaminan bahawa Rayan akan dikembalikan kepada keluarganya dalam keadaan selamat. - AFP

Artikel Berkaitan: