CPI Malaysia boleh ditingkatkan kembali

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan Bulanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang hari ini. - Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan Bulanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Kedudukan Malaysia di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) boleh ditingkatkan semula sekiranya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-undang), Datuk Seri Tengku Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, CPI adalah berlandaskan pendedahan rasuah yang banyak.

"Ada sebuah negara mempunyai rasuah banyak, tetapi tiada orang bangkitkan perkara itu dan ia tidak akan diketahui," katanya.

Menurutnya, situasi berbeza di Malaysia apabila kes jenayah lain turut dikatakan sebagai rasuah.

"Negara kita, benda bukan rasuah pun orang kata rasuah juga. Ini yang meningkat persepsi," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena perhimpunan bulanan jabatan itu, dekat sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kedudukan Malaysia pada tahun 2021 yang merosot sebanyak lima anak tangga kepada 62 daripada 180 buah negara.

Wan Junaidi berkata, persepsi turut boleh meningkat oleh disebabkan kesedaran ramai berhubung rasuah.

"Apabila kerajaan mengambil tindakan yang banyak kepada perasuah seperti melakukan siasatan dan pendakwaan, ia sekaligus menunjukkan aktiviti rasuah itu berleluasa.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH sekiranya persepsi itu meningkat oleh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, saya yakin suatu ketika nanti ia boleh turun kembali," katanya.