100 naskhah al-Quran disumbang kepada penduduk Kampung Sri Aman

Hifdzi Zaim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan al-Quran kepada Ibrahim (dua dari kanan) di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong pada Jumaat.
Hifdzi Zaim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan al-Quran kepada Ibrahim (dua dari kanan) di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menerusi program Cuci, Pulih dan Iqra 2.0 menyumbang sebanyak 100 naskhah al-Quran kepada ahli kariah Masjid Kampung Sri Aman, Puchong, di sini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menerusi program tersebut, dua set al-Quran dengan setiap satunya memiliki tujuh jenis naskhah al-Quran disumbangkan oleh WUIF bagi mewujudkan ruangan 'Quran Corner' di surau berkenaan.

Turut disumbangkan sebanyak 20 naskhah al-Quran Al- Haramain bersaiz A5 untuk diletakkan di dalam masjid.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada nazir masjid berkenaan, Ibrahim Mokhtar dalam satu majlis yang diadakan di masjid tersebut pada Jumaat.

Ibrahim berkata, majoriti ahli kariah termasuk ahli keluarga yang tinggal di kawasan sekitar terjejas dalam kejadian banjir yang berlaku.

Beliau berkata, penduduk kampung amat menghargai sumbangan al-Quran hasil daripada Tabung Gerakan Al-Quran yang diuar-uarkan melalui program My#Qurantime bagi membantu mangsa banjir.

Antara qariah Masjid Kampung Sri Aman, Puchong yang membaca Surah As-Sajdah, ayat satu hingga empat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong pada Jumaat..
Antara qariah Masjid Kampung Sri Aman, Puchong yang membaca Surah As-Sajdah, ayat satu hingga empat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong pada Jumaat..

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah satu amalan yang sangat baik kerana ia boleh memupuk kerjasama antara satu sama lain di mana kita saling membantu ke arah kebaikan.

"Kami turut berbesar hati kepada WUIF atas sumbangan yang diberikan kerana al-Quran sangat penting dalam kehidupan kita seharian," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Selain penyerahan al-Quran, turut diadakan sesi bertadabbur dengan Surah As-Sajdah, ayat satu hingga empat oleh Hos TickTalk, Hifdzi Zaim Zamri dan bacaan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sri Aman, Azmi Ismail.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, sesi tadabbur bagi ayat kedua surah tersebut menyebut bahawa al-Quran sangat penting kerana ia merupakan panduan terus daripada ALLAH SWT untuk digunakan dalam kehidupan seharian sehinggalah ke akhirat.

"Tidak ada ragu atas apa yang disampaikan dalam al-Quran, semuanya betul. Ini adalah satu rahsia yang hanya ALLAH SWT sahaja tahu.

"Alhamdulillah sesi tadabbur tadi walaupun singkat, tapi sangat memberi kesan dan motivasi untuk kita semua dalam memahami dan mentadabbur ayat al-Quran," jelas beliau.