Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk kampung dikejutkan kehadiran harimau kumbang

A
A
A
Penduduk kampung dikejutkan kehadiran harimau kumbang

BERITA SEMASA 5 JUN 2023

Sepasang suami isteri masyarakat Orang Asli di Kampung Kalang Meranti, Kuala Pilah tidak menyangka dua ekor anjing peliharaannya menjadi korban harimau kumbang dalam kejadian awal pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Pasangan berkenaan Amin Kassim dan Zawiyah Jeyih pada awalnya dikejutkan dengan salakan anjing pada jam 11 malam dengan memandang ke arah kawasan hutan di seberang jalan kediaman mereka.

Menurut Amin, terdapat tujuh ekor anjingnya berada di kawasan rumah ketika itu dan dilihat berlegar-legar, bagaikan tidak senang duduk selain turut berbau hamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/261878/edisi/melaka-ns/harimau-kumbang-muncul-lagi-baham-anjing

Muzik: Evolution dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa