Ahmad Zahid sabit 47 pertuduhan

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB). - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB). - Foto Bernama
A
A
A

PADA Isnin, negara dikejutkan apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta.

Ahmad Zahid akan diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Dalam pada itu, Pada Isnin, Ahmad Zahid dilihat memasuki Mahkamah Tinggi pada jam 9.04 pagi hari ini.

Beliau yang dilihat turun dari kenderaan pelbagai guna (MPV) putih Toyota Vellfire itu sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki Mahkamah Tinggi tadi.

Kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bagi mendengar keputusan berhubung 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Selain itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa beliau dan peguamnya akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, menetapkan prosiding bela diri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, bermula 26 April depan.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara itu selepas pihak pembelaan yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, memohon agar prosiding ditetapkan bermula tiga bulan dari sekarang.

Ia tidak mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Selain itu, Pasukan pembelaan yang mewakili Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa pihaknya akan memanggil lebih 20 saksi untuk memberi keterangan pada April depan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, pasukan pendakwaan menawarkan 37 saksi kepada pasukan pembelaan.

Namun katanya, lebih kurang 20 daripada jumlah itu akan digunakan untuk prosiding bela diri kelak.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat bahawa kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi faktor utama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.

Menurut beliau, ia kerana kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin politik UMNO telah 'dilluted' (larut).