Ahmad Zahid mohon percepat keputusan representasi kes rasuah, AMLA

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya Peguam Negara mempercepatkan keputusan representasi bagi mengkaji 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu.
Menerusi kenyataan media oleh tiga peguam, Datuk Hisham Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, mereka telah menghantar representasi bagi pihak Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini, pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari lalu.
Menurutnya, keputusan itu perlu disegerakan sebelum pihaknya memanggil lebih ramai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes berkenaan.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memprejudiskan hak Ahmad Zahid, dalam melaksanakan haknya dengan mengemukakan representasi itu.