Kes baharu Covid-19 menurun sedikit, rekod 3,214

Kes baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan pada Isnin iaitu 3,214 kes berbanding Ahad sebanyak 3,856 kes. - Gambar hiasan
Kes baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan pada Isnin iaitu 3,214 kes berbanding Ahad sebanyak 3,856 kes. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan pada Isnin iaitu 3,214 kes berbanding Ahad sebanyak 3,856 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,836,159 kes.

“Daripada 3,214 kes harian yang dilaporkan pada hari ini (Isnin), sebanyak 35 kes (1.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Baki 3,179 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian itu, 406 kes merupakan kes import yang melibatkan 307 warganegara dan 99 bukan warganegara.

Beliau berkata, kes tempatan pula melibatkan 2,808 kes iaitu 2,707 warganegara (96.4 peratus) dan 101 bukan warganegara (3.6 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 146 kes dengan 112 kes disahkan Covid-19 manakala 34 kes lagi disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Sebanyak 65 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 40 kes disahkan Covid-19 manakala 25 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, sebanyak 3,116 kes sembuh pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah 2,759,049 kes.