X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Pelajar, kakitangan SMKA Melor dikesan positif Covid-19

Sesi persekolahan di SMKA Melor ditangguhkan selama lapan hari bermula 20 sehingga 27 Januari ini akibat penularan Covid-19. - Gambar kecil: Dr Zaini
A
A

KOTA BHARU - Seramai 55 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, di sini termasuk kakitangan sekolah dikesan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi tersebut menyebabkan sesi persekolahan di SMKA Melor terpaksa ditangguhkan selama lapan hari bermula 20 sehingga 27 Januari ini.

"Penularan jangkitan itu mula dikesan 'menyerang' sekolah berkenaan pada 19 Januari lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, kesemua yang positif itu adalah hasil ujian saringan ke atas 78 kontak rapat di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, susulan kes positif yang dikesan, sesi persekolahan akan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, sehingga Sabtu seramai 378 pelajar dan kakitangan sekolah menengah di negeri ini disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, ia dikesan melalui 10 kluster pendidikan iaitu Kluster Embi Telipot, Jalan Kompleks, Pulau Melaka, Padang Raja dan Jalan Pangkal Kalong di Kota Bharu.

"Turut terlibat Jalan Bandar Ciku, Gua Musang; Jalan Bukit Merbau, Pasir Puteh; Lorong Banggol Manok, Pasir Mas dan Kampung Tujuh, Tumpat.

"Sebanyak 50 peratus daripada kumulatif kes membabitkan pelajar manakala selebihnya adalah kakitangan dan orang awam," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!