X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

CIDB perkenal lencana penguat kuasa elak penyamaran

Ahmad ‘Asri menunjukkan lencana anggota penguat kuasa CIDB.
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia memperkenalkan lencana anggota penguat kuasa CIDB bagi persediaan keterampilan anggota penguat kuasa dan pengesahan anggota sebagai pegawai penguat kuasa yang dilantik.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, lencana itu juga bertujuan mengawal selia anggota sedia ada bagi mengelak pihak luar melakukan penyamaran atau penipuan.

"Selain lencana, anggota penguat kuasa juga dibekalkan dengan Kad Kuasa CIDB yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi memastikan kad kuasa tersebut tidak boleh dipalsukan atau dipindah milik.

"Hanya mereka yang boleh menunjukkan lencana dan Kad Kuasa CIDB sahaja boleh melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan di tapak pembinaan di bawah Akta 520," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menyerahkan lencana tersebut kepada anggota penguat kuasa CIDB pada Majlis Amanat Ketua Eksekutif Tahun 2022.

Beliau pada masa sama menasihatkan penggiat industri pembinaan terutama kontraktor agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang mendakwa sebagai anggota penguat kuasa CIDB.

"Individu ini akan meminta sejumlah bayaran tunai bagi tujuan pembayaran kompaun bagi kesalahan berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan.

"Semua urusan rundingan kompaun perlu dilakukan di pejabat CIDB," katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi CIDB Careline di talian 03-5567 330.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!