X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

#TangkapAzamBaki: Lima ahli politik antara 16 dirakam keterangan

A
A

KUALA LUMPUR - Seramai lima ahli politik dikenal pasti antara 16 individu yang dipanggil pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijangka berlangsung pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti penganjur perhimpunan tersebut.

"Kita sudah panggil 16 individu dan lima daripadanya adalah ahli politik tetapi identiti mereka tidak boleh didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kami sedang dalam proses lengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan aktivis, Adam Adli Abdul Halim hadir ke IPD Dang Wangi di sini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan tersebut.

Adam Adli dilihat hadir di IPD Dang Wangi bersama peguamnya kira-kira jam 2.40 petang mengaku memberi kerjasama kepada polis selain tidak menolak kemungkinan akan dipanggil semula.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!