X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

#TangkapAzamBaki: Polis rakam keterangan Adam Adli

Adam Adli ketika ditemui selepas memberi keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki di IPD Dang Wangi pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memanggil aktivis, Adam Adli Abdul Halim pada Khamis untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung di sekitar ibu negara pada Sabtu.

Adam Adli dilihat hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama peguamnya kira-kira jam 2.40 petang mengaku memberi kerjasama kepada polis selain tidak menolak kemungkinan akan dipanggil semula.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan kerana ia prosedur biasa tetapi saya percaya perhimpunan akan berlangsung secara aman," katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi.

Tambahnya, perhimpunan tersebut bertujuan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki meletak jawatan susulan pelbagai isu negatif yang dikaitkan terhadap beliau.

"Ketua sebuah institusi mencegah dan membanteras rasuah perlu ada integriti serta tidak boleh terpalit dengan isu negatif," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Menurut beliau, Adam Adli dipanggil bagi membantu siasatan berhubung artikel yang disiarkan oleh portal dalam talian pada 14 Januari berkaitan panggilan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 22 Januari.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!