X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Kerajaan perlu campur tangan tangani kos sara hidup

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mendesak kerajaan campur tangan dalam menangani kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang melanda negara ketika ini.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan berlaku peningkatan secara mendadak harga barang di peringkat kilang termasuk harga minyak kelapa sawit yang turut kian meningkat.

Menurutnya, kebergantungan terhadap tenaga kerja asing juga menyebabkan pengeluar tidak mampu memenuhi permintaan pasaran sekaligus menyebabkan kekurangan bekalan.

"Peningkatan harga bahan mentah seperti ikan dan ayam telah meresahkan sebahagian besar rakyat beberapa minggu yang lalu terutama golongan berpendapatan rendah.

"Keperluan mendesak bagi mewujudkan campur tangan pihak kerajaan dalam menangani masalah tersebut dengan meneliti semula beberapa dasar seperti industri agromakanan negara supaya ia memberi kesan lebih efektif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Farhash Wafa Salvador berkata, peningkatan kos sara hidup itu bakal memberi tekanan berlipat kali ganda terhadap ekonomi negara.

Menurutnya, keadaan itu juga amat membebankan rakyat yang masih lagi bergelut dalam proses pemulihan akibat pandemik Covid-19.

Jelasnya, masalah kekurangan tenaga kerja yang timbul melibatkan pekerja asing bukan sahaja memberi kesan kepada negara ini tetapi turut memberi impak terhadap inflasi global jika ia berlanjutan dalam tempoh masa lebih lama.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!