Pemuda Pas optimis isu royalti minyak

Mohamad Kamal Mohamed
Mohamad Kamal Mohamed
A
A
A

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan optimis rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan berhubung isu pembayaran royalti petroleum melibatkan negeri ini dapat berjalan dengan baik.

Ketuanya, Mohamad Kamal Mohamed ketika berkongsi perkara itu di Facebook beliau pada Rabu berkata, tidak timbul cubaan kerajaan negeri menyembunyikan wang ihsan tersebut kerana jelas dimasukkan dalam belanjawan.

“Justeru, pihak lain tidak perlu cuba memanipulasi isu ini dengan telunjuk lurus, kelengkeng berkait diharap tidak menggunakan isu royalti sebagai bahan si tikus membaiki labu.

“Sudahlah tidak membantu rundingan, merosakkan pula usaha sedang dilakukan untuk rakyat Kelantan. Seeloknya, lebih baik diam daripada bercakap,” katanya.

Beliau didakwa membidas tindakan bekas Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa lantang bersuara mengenai tuntutan royalti petroleum di negeri ini.

Sebelum ini kerajaan negeri melalui satu kenyataan telah memaklumkan masih lagi dalam proses rundingan dengan kerajaan Persekutuan berkaitan pembayaran royalti petroleum tersebut.

Perkara berkenaan di keluarkan Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 17 Januari sebagai maklum balas terhadap kenyataan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkaitan pemberian RM400 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 dan 2021.

Artikel Berkaitan: