Pemuda Pas Terengganu lapor SPRM dakwa wujud sogokan

Muhammad Irsyad Syafiq (tengah) membuat laporan berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat SPRM Terengganu.
Muhammad Irsyad Syafiq (tengah) membuat laporan berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat SPRM Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat berhubung dakwaan ejen calon sebuah parti politik membuat sogokan kepada pasukan keselamatan yang mengundi awal pada Selasa.

Ketua Penerangannya, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, laporan itu dibuat susulan terdapat laporan wujud sogokan tersebut.

"Hari ini kami mewakili Pemuda Pas Terengganu dan seluruh rakyat Terengganu buat beberapa laporan mengenai salah guna kuasa dan kemudian aktiviti rasuah berlaku di negeri ini.

"Jadi kita minta SPRM siasat segera dan adakah ia benar-benar berlaku. Kalau benar, ia amat memalukan negara kita," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Pemuda Pas diketuai Muhammad Irsyad Syafiq tampil membuat laporan berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat SPRM Terengganu di sini kira-kira 12 tengah hari.

Pada Selasa, tular di pelbagai platform media sosial mengenai dakwaan seorang calon yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di salah sebuah daerah di negeri ini menyogok pasukan keselamatan sebanyak RM200.

Berdasarkan mesej yang tular itu, ketua pasukan keselamatan terbabit turut didakwa mengugut anggota bawahan dengan tujuan supaya menyokong parti tertentu.

Artikel Berkaitan: