Kesemua bahan tercemar akan dilupuskan

Pasukan perbersih giat melakukan kerja pembersihan bahan kimia yang masuk hari kedua di kawasan insiden pencemaran di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, hari ini. - Foto Bernama
Pasukan perbersih giat melakukan kerja pembersihan bahan kimia yang masuk hari kedua di kawasan insiden pencemaran di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 350 beg jumbo tanah dan 350 metrik tan air tercemar dikeluarkan dari Sungai Kim Kim sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua bahan tercemar itu dikumpul sejak 13 Mac dan akan dilupuskan di kilang pelupusan yang mendapat lesen dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Kerja-kerja pembersihan itu dipantau selama 24 jam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JAS," katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin .

Sementara itu, beliau berkata 73 pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

"Sehingga pukul 3 petang tadi, 440 telah mendapat rawatan saringan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan 20 pesakit dirujuk kepada hospital," katanya.

Sahruddin seterusnya menasihati orang ramai tidak menyebar berita palsu yang boleh menyebabkan orang ramai ketakutan.

"Mereka yang menyebarkan berita palsu boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: