X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Hukum remaja mandi seperti jenazah tindakan keterlaluan

Video memaparkan seorang pemuda memandikan di bilik jenazah kerana cuba mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian. (Gambar Kecil) Che Asmah.
A
A

SHAH ALAM - Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kesal terhadap tindakan menghukum dengan dimandikan seperti jenazah ke atas seorang remaja yang cuba mencuri duit tabung masjid baru-baru ini.

Ketuanya, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, kejadian tersebut amat menyayat hati apabila remaja pada usia ini sepatunya sibuk menimba ilmu atau kemahiran bagi membina masa depan berhadapan dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa mencuri dan diaibkan sedemikian rupa sehingga menghancurkan jati diri dan masa depannya.

“Lebih malang apabila ia berlaku di dalam sebuah masjid yang sepatutnya menjadi pusat kepada ahli masyarakat datang mendapatkan bantuan.

“Sebagai orang dewasa yang lebih matang dan berakal, peranan menyelidik terlebih dahulu dan mengambil tahu dengan rahmah dan kasih sayang sepatutnya didahulukan dari terus bertindak menghukum dengan hukuman keterlaluan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Pada Selasa, gara-gara ditangkap mencuri duit tabung masjid, seorang remaja dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial telah dikongsikan pengguna Twitter dengan memaparkan dia sedang terbaring dimandikan oleh imam masjid sambil diperhatikan oleh penduduk kampung.

Dalam pada itu, Che Asmah berkata, kanak-kanak dan remaja tidak seharusnya dibebankan dengan tanggungjawab dan tekanan menyara keluarga sehingga menjejaskan masa depan mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!