Padah curi duit masjid, pemuda dimandikan seperti jenazah

Imam masjid memandikan pemuda yang ditangkap mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian.
Imam masjid memandikan pemuda yang ditangkap mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian.
A
A
A

SHAH ALAM - Gara-gara ditangkap mencuri duit tabung masjid, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial telah dikongsikan pengguna Twitter itu dengan memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dimandikan oleh imam masjid sambil diperhatikan oleh penduduk kampung.

Dalam situasi tegang, pemuda itu kemudiannya dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.

Dia dilihat cuba untuk bangun dan melarikan diri ketika imam mula mencurahkan air ke atasnya yang lengkap berpakaian.