X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Maritim rampas lima senapang angin

Senapang angin yang cuba diseludup masuk melalui perairan Pulau Sialu Batu Pahat pada Selasa dirampas Maritim Malaysia.
A
A

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima laras senapang angin disyaki dari Indonesia di perairan Pulau Sialu, Batu Pahat pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, rampasan dilakukan jam 7.20 malam Selasa hasil maklumat risikan dan intipan di perairan Batu Pahat

Menurutnya, sebelum itu, sset Maritim Malaysia telah diatur gerak melaksanakan pemantauan sekitar lokasi. Tiada sebarang pergerakan bot atau suspek mencurigakan di sekitar lokasi penemuan.

"Bagaimanapun, ketika pasukan operasi melakukan pemeriksaan sekitar kawasan Beacon Panjang Utara telah menjumpai satu karung guni putih dan satu beg hitam berisi senjata api jenis senapang angin serta sebuah kotak besi berisi peluru jenis 'bearing' di kedudukan kira-kira 13.5 batu nautika barat daya Pulau Sialu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohammad, barang rampasan dianggarkan bernilai sekitar RM10,000 dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Maritim Malaysia akan terus berusaha memantau, meronda dan penguatkuasaan dari masa ke masa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malah akan terus memastikan perairan Johor khususnya Batu Pahat selamat, aman dan terkawal.

"Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!