OKT gagal lolos, hanya sempat lari 50 meter

Rakaman seorang OKT cuba melarikan diri di Klinik Kesihatan Beranang Semenyih tular di media sosial.
Rakaman seorang OKT cuba melarikan diri di Klinik Kesihatan Beranang Semenyih tular di media sosial.
A
A
A

SEMENYIH - Seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang cuba melarikan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas selesai urusan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang di sini pada Selasa, berjaya ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 11 pagi, anggota bertugas telah membawa seramai 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan.

"Setelah selesai urusan saringan, kesemua OKT telah dimasukkan semula ke dalam lori, tiba-tiba salah seorang OKT cuba melarikan diri.

"Walaubagaimanaun, OKT tersebut berjaya ditangkap semula dalam jarak 50 meter dari lokasi melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaid berkata, OKT telah dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Rakaman seorang OKT cuba melarikan diri di Klinik Kesihatan Beranang Semenyih tular di media sosial.
Rakaman seorang OKT cuba melarikan diri di Klinik Kesihatan Beranang Semenyih tular di media sosial.

"Hasil semakan mendapati, OKT ini telah ditangkap bersabit kes samun dan sedang dalam tempoh tahanan reman sehingga Khamis," katanya.

Mohd Zaid memaklumkan berikutan kejadian itu pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 & 224 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Kajang ditalian 03-8911 4222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor K Suresh di talian 017-4333 795 bagi membantu siasatan," katanya.

Pada Rabu, Polis Kajang terkesan satu video tular berdurasi 38 saat yang memaparkan OKT lelaki berpakaian baju dan seluar berwarna ungu cuba melarikan diri.