Covid-19: 3,198 kes baharu, 3,200 sembuh

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,198 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes kumulatif positif Covid-19 adalah 2,795,233.

"Daripada kes harian yang dilaporkan, 39 kes adalah kategori tiga hingga lima dan 3,159 kes lagi adalah kategori satu serta dua," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, sebanyak 303 kes merupakan jangkitan import melibatkan 224 rakyat tempatan dan 79 warga asing.

"Kes tempatan adalah 2,895 kes yang membabitkan 2,753 rakyat tempatan dan 142 warga asing," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 215 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 105 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 3,200 kes dilapor sembuh sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,723,599 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, lapan kluster Covid-19 dikenalpasti dan jumlah keseluruhannya, 6,184 kluster.

"Daripada jumlah itu, 6,005 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 179 kluster masih aktif," katanya.
Artikel Berkaitan: