Rasuk jejantas merekah diturunkan: JKR

Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 (FR005) berhadapan SMK Pengkalan Permatang disiapkan lebih awal daripada jadual asal.
Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 (FR005) berhadapan SMK Pengkalan Permatang disiapkan lebih awal daripada jadual asal.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 (FR005) berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang berjaya diturunkan dan disiapkan lebih awal daripada jadual asal.

Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor dalam kenyataan di Facebook pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja itu memakan masa kira-kira enam jam 30 minit.

Menurutnya, operasi menurunkan rasuk jejantas bermula pada jam 11 malam Selasa dan laluan trafik dibuka untuk semua kenderaan pada jam 6 pagi Selasa.

"Tahniah kepada pihak konsesi iaitu Roadeare (M) Sdn Bhd yang telah berjaya melaksanakan kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas berkenaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berterima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor yang membantu mengawal trafik sepanjang kerja-kerja itu dilaksanakan.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan SMK Pengkalan Permatang di Seksyen 484.6, Laluan Persekutuan 5, Jalan Klang-Sabak Bernam ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama dua hari bermula Selasa.

Artikel Berkaitan: