X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'Azam sepatutnya lindungi pemberi maklumat'

Cynthia Gabriel
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepatutnya melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah bukan mengancam dengan tindakan undang-undang.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Cynthia Gabriel berkata, pendedahan dan tindak balas bermusuhan Azam menjadi satu lagi tamparan yang dahsyat kepada kredibiliti SPRM yang merupakan sebuah institusi yang sudah dimusnahkan oleh rasuah dan skandal jenayah yang melibatkan pegawainya sendiri.

Tambahnya, percubaan Azam untuk mendiamkan taktik intimidasi dan ketakutan yang teruk adalah tidak sesuai untuk menghapuskan rasuah.

“Pada 6 Januari 2022, Surat Tuntutan (LOD) telah disampaikan oleh Azam kepada Lalitha Kunaratnam, seorang aktivis bebas antirasuah Malaysia.

“Lalitha ialah seorang peguam bela antirasuah Malaysia yang integriti dan kewartawanan berasaskan bukti telah mendapat banyak pujian. Penemuannya dalam kes ini disokong oleh dokumen yang boleh diakses secara umum.

“Ancaman undang-undangnya terhadap seorang pejuang anti-rasuah yang terkenal juga mengulangi risiko peribadi yang besar yang dihadapi pemberi maklumat apabila mendedahkan salah laku.

“Ironi yang paling kejam ialah Azam, daripada semua orang, yang sepatutnya membantu Lalitha untuk mendapatkan perlindungan pemberi maklumat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Cynthia berkata, tindakan yang tepat untuk Azam ketika ini adalah menarik balik LOD dengan segera dan membuktikan kepada umum bahawa SPRM benar-benar menyokong perlindungan pemberi maklumat.

Tambahnya, Azam perlu berhenti mengancam pemberi maklumat di tengah-tengah kritikan yang memuncak ketika ini dan mengisytiharkan hartanya sekali gus.

Dalam pada itu, beliau berkata, Azam perlu direhatkan dan mesti segera bercuti sehingga semua siasatan ke atasnya selesai.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!