X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Lalitha terima surat tuntutan berhubung dakwaan fitnah Azam

Tangkap layar Twitter Lalitha pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Perkara tersebut disahkan Lalitha menerusi laman Twitternya pada Khamis.

“Saya sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, Azam memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.

Dalam ciapan itu juga menyatakan surat bertarikh 6 Januari berkenaan dikemukakan Azam menerusi firma guaman Zain Megat dan Murat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!