Tunggu surat saman: Azam Baki

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.
Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.
"'Just wait' (tunggu).... saman akan dibuat ke atas orang itu," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pada sidang akhbar khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Rabu, Azam memaklumkan terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda yang tidak baik terhadap SPRM.